Kedua, seseorang menyakini bahawa Allah berbuat baik, memberikan nikmat, dan memberikan kemurahan kepada hamba-Nya. Ketiga, seseorang menyakini bahawa kebaikan Allah terhadap hamba-Nya lebih besar daripada amal hamba-Nya baik dalam bentuk ucapan mahupun tindakan ibadah kepada-Nya meskipun amal itu sempurna dan banyak. Keempat, seseorang menyakini bahawa Allah memiliki sedikit tuntutan dan beban untuk hamba-Nya. Kelima, seseorang dalam banyak waktunya harus takut dan khuatir atas berpalingNya Allah darinya dan pencabutan makrifat, tauhid, dan selain keduanya yang Allah anugerahkan kepadanya. Keenam, seseorang memandang bahawa dia pada seluruh keadaan dan cita-citanya berhajat kepada Allah, yang tidak dapat terlepas dari-Nya untuk segala hajatnya. Ketujuh, seseorang sentiasa menjaga zikir dengan sebaik-baik dengan apa yang ditakdirkan untuknya. Kelapan, seseorang berupaya sekuat tenaga untuk menjaga ibadah wajib dan mendekatkan diri melalui ibadah sunnah semampunya. Kesembilan, seseorang berbahagia ketika mendengar orang lain memuji Allah, mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihad di jalan-Nya baik secara rahasia, terang-terangan, dengan jiwa, harta, dan keturunannya. Kesepuluh, ketika mendengar orang lain berzikir, seseorang yang mencintai Allah akan membantunya. Daripada apa yang dinyatakan di atas, menurut kefahaman saya, maka saya sedar mengapa [Name] boleh tahu dan faham akan pengertian tentang perkara ini sebab [Name] kenal kepada Allah dan rasul-Nya dan mencintai-Nya dan rasul-Nya. Oleh yang demikian, jika ada doa yang ditulis seperti meminta 'jangan dipersulitkan', maka itu seperti Allah beri sign (untuk gerakkan) pada [Name] perkara kekhilafan yang terjadi itu apatahlagi kepada yang Ia cintai, so clear selaras dengan firman Allah dengan seperti apa yang dinyatakan dalam hadits qudsi di atas: .......... maka Aku menjadi telinga sebagai alat pendengarannya, menjadi mata sebagai sebagai alat penglihatannya .......... Tetapi dengan secara tersirat, [Name] hanya mengatakan dengan jika sesungguhnya [Name] mengenal Allah dan rasul-Nya, secara soft sahaja. Mungkin daripada apa yang [Name] katakan dengan soft itu hanya untuk menutupi satu makna (something) yang lebih dalam mengenai keadaan diri [Name] daripada yang kita baca yang [Name] tulis pada teguran itu. Maka kita tak boleh mencapai untuk tahu dan faham sesuatu itu jika tidak ada ilmu dan maqamat untuk mengetahuinya. Alhamdulillah begitu besar kurniaan dan nikmat Allah yang boleh Dia berikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Suatu pembelajaran yang sangat berharga untuk kita semua. Bersyukur pada Allah.
Context: The text describes ten characteristics of a person who loves Allah, emphasizing reliance on Allah, performing good deeds, and finding joy in others' devotion. It also touches upon the elevated understanding of [Name] due to their knowledge and love of Allah.