Murabbi Abdurahman Jawad *Talqin Dzikir* Alhamdulillah. Patut bersyukur banyak-banyak atas limpahan Rahmat ALLAH dan DIA bagi kepada saya keBenaran-NYA melalui Talqin yang diamanatkan (dititipkan) dan diberikan kepada saya dari dan oleh Tuan Guru / Syeikh Ir. Muhammad Syahrum Alfan sebagai Karunia ALLAH dengan Pembimbing Besar dan Utama adalah Rasulullah Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam. Talqin adalah sesuatu amanat (titipan) yang ALLAH beri kepada Rasulullah Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam lalu Rasulullah beri kepada Pemagang Amanat (Titipan) iaini seseorang yang berhubungan terus (direct) dengan Rasulullah Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam. Pemberi Talqin (amanat) kepada kita adalah dia yang dekat kepada ALLAH dan Rasulullah Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam. Dia khas beri Amanat (Talqin) kepada kita dengan menanamkan Dzikir dalam ruh kita (Dzikir Ruh), dan kita harus jaga Amanat (Talqin) itu untuk diri kita sendiri dan untuk bantu orang lain, dan sebagai tiket kita untuk pulang. Talqin (Amanat) ini tidak dapat kita buang dan musnahkan, dia ada berkekalan dalam ruh kita hingga di akhirat. Ada pengecualian (exception) bila Pemberi Talqin dia (Tuan Guru / Syeikh) mahu ambil / cabut Talqin dari ruh kita maka dia boleh ambil / cabut Talqin (Amanat) kerana ALLAH. Alhamdulillah, kita bukan hanya mendapatkan Talqin (tiket) tetapi Tuan Guru / Syeikh bagi juga kepada kita keadaan luar biasa serta karomah dia, sehingga kita telah menjadi beza menjadi mudah untuk sihat, syeitan takut kepada kita, beroleh banyak kemudahan hidup, boleh sembuhkan / merawat sakit orang lain, sentiasa dalam kebaikan, dalam naungan ALLAH dan Iman menjadi kuat. Maka kita harus sentiasa dalam kebaikan, jangan mengikuti syeitan yang sentiasa menipu (tipu daya) kita, dan adalah adab diri kita kepada Tuan Guru / Syeikh. Ingatlah dan tengok bagaimana Tuan Guru / Syeikh kita yang dia mahu dan dengan percaya bagi kita Karunia ALLAH dan Talqin kita, yang kita tahu siapakah diri kita ini... Jangan buatkan kerosakan yang kerana kamu sendiri yang merosak sebab amarahmu, kesombongan, melawan dan apa-apa yang buruk dari hati, pikiran, perkataan dan perbuatan yang kita buatkan sendiri. Perbaiki diri dan bertaubat terus-menerus, jadilah hamba ALLAH, pengikut Rasulullah Nabi Muhammad Shalallahu 'Alaihi Wasallam dan murid yang baik dari Tuan Guru / Syeikh. Jom istiqomah dalam keBenaran, jalani hidup dengan prasangka baik dan mengikuti jalan yang Benar. โ๐ป๐๐๐ป
Context: This text explains the importance of Talqin Dzikir, a spiritual transmission received from a teacher connected to the Prophet Muhammad, and emphasizes the need to safeguard it and maintain good conduct. It also highlights the blessings and responsibilities associated with receiving Talqin.